Main Sponsor

Jangan Lupa Disini Juga

Friday, June 3, 2011

Gara - gara harga harumanis yg tinggi..

Di Kangar, Dua pencuri ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan ketika leka memetik buah mempelam Harumanis di Ladang Mempelam Bukit Bintang 2, Sungai Batu Pahat di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, difahamkan kedua-dua pencuri terbabit yang tamak enggan berhenti memetik buah mempelam terbabit meskipun telah berjaya mengisi kira-kira 1,000 kilogram ke dalam sebuah lori yang disediakan di luar ladang itu. Dua suspek terdiri daripada warga tempatan dipercayai penganggur berusia 26 dan 30 tahun ditahan di ladang milik jabatan pertanian itu.


Kegiatan pencuri berkenaan disedari oleh seorang pengawal keselamatan ladang tersebut ketika meronda dan bertindak mendapatkan bantuan anggota Rela bagi menangkap mereka. Sebanyak 11 guni diisi mempelam Harumanis telah dicuri nilai kira-kira RM10,000 dan polis turut merampas sebuah lori setan dipercayai milik suspek itu.

2 comments:

huiishh..sedap tu..nak skitt.

@RU: mai la sni. byk kowt :)

Post a Comment

thnx sebab mengomen :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More