Main Sponsor

Jangan Lupa Disini Juga

Monday, June 13, 2011

Penguatkuasa agama cedera ditumbuk ketika tahan suspek khalwat

Da muka bersalah tue ngaku jerk salah.. nie siap angkut geng nak tumbuk org yg tangkap 2 lg. ishh.. Mai kta tgk apa yg sebernya terjd..

Seorang pegawai penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Besut cedera di muka apabila ditumbuk seorang lelaki yang cuba ditahannya kerana disyaki berkhalwat di chalet kawasan Air tawar di sini tengah malam tadi.
Sekadar Hiasan..
Ketika pemeriksaan di sebuah bilik chalet itu, pegawai berumur 33 tahun bersama dua rakan setugasnya mereka mendapati seorang lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun tinggal bersama pasangannya berumur 17 tahun yang berasal dari Kampung Jerimpong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Beliau kemudian mengarahkan pasangan itu mengemas pakaian masing-masing untuk dibawa ke pejabat agama tetapi lelaki berkenaan enggan dan telah menghubungi lima rakannya yang tiba dengan dua buah kereta.

Suspek telah melepaskan tumbukan ke muka pegawai itu dan merampas kad pengenalannya yang dipegang oleh pegawai berkenaan dalam satu pergelutan yang turut dibantu oleh lima rakannya.

Bagi meredakan keadaan, seorang daripada pegawai penguatkuasa Syariah itu melepaskan satu tembakan amaran ke udara menyebabkan suspek dan rakan-rakannya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, ketika dihubungi berkata, suspek utama telah ditangkap manakala rakan-rakannya telah dikenal pasti dan polis sedang memburu mereka.- Bernama

2 comments:

@miecyber..: tue la.nak wat cam na..

Post a Comment

thnx sebab mengomen :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More