Main Sponsor

Jangan Lupa Disini Juga

Thursday, June 9, 2011

Utk warga Kedah : Tempahan nombor pendaftaran 'KDA' mulai Isnin

Orang ramai terutamanya anak jati Kedah yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "KDA" yang membawa maksud "Kedah Darul Aman" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mulai Isnin ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari dari 8 pagi Isnin ini hingga 12 tengah hari 26 Jun. "Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000. Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

"Kita menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon mengenai nombor pendaftaran KDA. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud Kedah Darul Aman," katanya.

Ahmad Musadad berkata, mereka yang tinggal di luar Kedah boleh membuat tempahan dengan melayari laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. "Mereka yang mahu membuat tempahan tidak kiralah sama ada melalui laman web atau datang terus ke pejabat kita perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dengan jelas, mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri sama ada individu, perniagaan, syarikat, koperasi atau agensi kerajaan.

"Selain itu, pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, salinan asal bayaran yuran perkhidmatan RM10 dan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan yang boleh dibuat dalam bentuk bank draf, kiriman wang atau wang pos atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, setakat ini nombor pendaftaran yang paling tinggi dijual adalah KCQ dengan harga RM85,000 manakala KCT dijual dengan harga RM66,000.

"Tidak mustahil ada yang sanggup membeli nombor pendaftaran KDA dengan harga melebihi RM100,000," katanya. - BERNAMA

4 comments:

waw! alangkah kembangnya hidung kalau dpt pakai plat cecantik ^,^

@amna: taw xpa. best nya..

mmg best kalo dpt nombor plat cantik..tp berbaloi ke nak habiskan duit semata2 nak dptkan nombor plat mcm tu?

baik simpan je duit guna utk perkara lebih baik..

@RU: ikot masing2 punye pendapat la.. nnt kamu pown, amek la no plat RU :)

Post a Comment

thnx sebab mengomen :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More